KMovie Review : The Flu (Gamgi)

KMovie Review : The Flu (Gamgi)


Pengarah
Kim Sung Su

Pelakon
Jang Hyuk sebagai Kang Ji Goo
Song Ae sebagai Kim In Hae
Park Min Ha sebagai Kim Mi Reu
Lee Hee Joon sebagai Byung Ki

Start minggu ni saya akan review drama-drama atau movie-movie Korea yang saya selesai tengok. Jangan terkejut. Saya memang minat drama Korea. Masa saya jadi writer blog Angel Love Soldier dulu banyak drama yang saya review. Contoh macam City Hunter, Fated To Love You, Arang and the Magistrate, Its Okay Its Love dan lain-lain. Muzik Korea pun saya minat. Tapi certain kumpulan jerlah. Macam Big Bang, 2NE1, 4Minute. Yang lain suam-suam kuku jer. Ada jugak kumpulan yang saya tak suka lagi-lagi boy group tapi mengedik kalah perempuan. Ha, yang tu saya tak suka. Lari dari fitrah alam.

The Flu bermula apabila sekumpulan imigran daripada Filipina ingin masuk ke Korea. Masalahnya mereka membawa virus yang berbahaya. Sampai di Korea tinggal seorang sahaja yang berjaya hidup. Imigran yang hidup tu dijumpai oleh Byung Ki dan adiknya. Mereka berdua kira macam ahli sindiket penyeludupan manusialah. Bila tengok seorang jer hidup, mereka pun menyoal siasat imigran tu at the same time membelasahnya secukup rasa. Tetapi, imigran tu berjaya melarikan diri.

Kemudian terus kepada scene bagaimana Kang Ji Goo bertemu dengan Kim In Hae dan Kim Mi Reu. Ji Goo ni firefighter. Dia bertemu dengan In Hae, seorang doktor semasa menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam lubang. Malangnya, handbag In Hae yang mengandungi dokumen pentingnya terjatuh sekali ke dalam lubang. Jadi dia mintaklah tolong Ji Goo untuk ambikkan handbag dia tu. Masa nak pulangkan tulah Ji Goo bertemu dengan Mi Reu yakni anak kepada si In Hae.

Adik Byung Ki telah dibawa ke hospital gara-gara muntah darah. In Hae mensyaki adik Byung Ki dijangkiti virus berbahaya. Jadi, In Hae bertanya kepada Byung Ki tentang keberadaan kontena yang mengandungi mayat imigran atau keberadaan imigran yang hidup. Byung Ki tidak menjawab sebaliknya dia membuat kekacauan. Lepas tu makin ramai dan ramai yang masuk ke hospital. Suasana semakin huru hara sampaikan Perdana Menteri Korea terpaksa menutup bandar Bundang.

Akhirnya, imigran yang hidup telahpun ditemui manakala In Hae berjaya menghasilkan penawar bagi virus tersebut. Pada masa yang sama, rancangan kuarantin tetap berjalan yang mana penduduk yang tidak dijangkiti dikumpul di suatu tempat manakala penduduk yang telah dijangkiti virus dibungkus lalu dibakar. Apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara tersebut, mereka berasa sangat marah lalu merusuh dan mengancam untuk menyebarkan virus tersebut ke bandar Seoul.

Kemuncaknya apabila Mi Reu dijangkiti virus. In Hae menggunakan penawar yang dicampurkan dengan antibodi daripada darah imigran untuk merawat Mi Reu. Malangnya, pihak kerajaan tetap ingin menghapuskan Mi Reu bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan. Namun begitu, Ji Goo yang kebetulan berada di tempat tersebut sempat menyelamatkan Mi Reu daripada dibungkus dan dibakar. Selepas itu, Ji Goo mencari jalan keluar bagi mempertemukan In Hae dengan Mi Rae.

Byung Ki terserempak dengan imigran tersebut. Oleh kerana ingin membalas dendam, dia telah menikam imigran tersebut berkali-kali dan akhirnya dia terpaksa ditembak oleh pihak berkuasa. Imigran tersebut meninggal dunia akibat kecederaan yang parah. Pada masa yang sama Ji Goo dapat menghubungi In Hae dan memaklumkan kepada In Hae bahawa Mi Rae memberi respon positif terhadap antibodi yang disuntik. In Hae memaklumkan berita tersebut kepada presiden Korea.

Pada mulanya, banyak pihak yang berasa ragu untuk menyelamatkan Mi Rae kerana bimbang ancaman penularan virus lebih teruk. Last-last Presiden Korea sendiri yang bertegas untuk menyelamatkan Mi Rae dengan kuasa vetonya sebagai usaha terakhir bagi menyelamatkan nyawa semua rakyatnya. Mi Rae pun dibawa ke pusat penyelidikan. Penawar sebenar akhirnya dihasilkan. Last-last, In Hae dan Ji Goo pun bercinta (ni saya teka-teka jer sebab saya tak tengok sampai habis).

Saya bagi...

Mengatasi Masalah Sembelit

Mengatasi Masalah Sembelit | Sembelit adalah salah satu masalah kesihatan yang pernah saya alami. Sampai dihantar ke hospital tengah malam tiga tahun lepas. Tidak mungkin saya lupa. Lecturer menunggu saya di hospital. Sampai merah biji mata. Cuma apabila dah kahwin, jarang dah berlaku. Mungkin sebab pemakanan saya lebih teratur. Mungkinlah. Saya tak nafikan. Saya masih lagi mengalami sembelit tapi berpunca daripada saya sendirilah. Saya pernah sembelit seminggu selepas bersalin sebab saya takut nak uk-uk. Saya khuatir jahitan saya terputus. Hahah. Tak uk-uk pun dia terputus jugak. 

Nasihat saya sebagai langkah pencegahan, makananlah pelawas secukupnya. Rajinkan diri makan sayur-sayuran. Kalau anti sangat dengan sayur, tengok sayur pun naik loya anak tekak, makanlah buah-buahan terutamanya pisang dan betik. Seterusnya, kurangkanlah makan daging terutamanya daging lembu. Saya tak tahu sebab musababnya. MA yang bagitau macam tu. Tapi betullah. Setiap kali saya makan daging, saya dapati tahi saya agak keras tidak macam selalu. Akhir sekali, kurangkanlah minum minuman yang berkafein seperti kopi, teh, Milo, Vico dan minuman yang sama waktu dengannya.


Kalau dah sembelit, tak apa. Saya share cara nak mengatasinya. Mula-mula, beli Vaseline Intensive Care. Calitkan dekat bahagian dubur tu. Tujuannya sebagai pelincir supaya tahi anda keluar dengan lancar. Tak berkesan? Cuba cara ni pulak. Beli Liquid Paraffin daripada farmasi. Minum dalam 15 ml kalau tak silap. Kalau tak berkesan jugak, jumpalah pengamal perubatan, mintaklah Atomic Anema aka ubat bom daripada mereka. Mintak tolong sapa-sapa masukkan ubat bom tu dalam dubur anda. Kalau tak berkesan, tak tahulah apa jenis anda tahi dalam dubur anda tu. Degil semacam. Hahah.

Secara peribadinya, kalau saya nak settlekan masalah sembelit saya. Senang jer. Tapi cara saya ni agak kurang sihat. Pertama sekali, saya nak bercerita punca saya sembelit. Biasanya saya sembelit sebab perut saya tak ada rasa nak sakit. Kalau tahi saya dah banyak berkumpul baru ada rasa sakit. Itupun apabila tahi dah keras. Jadi, apa yang saya lakukan adalah minum Minuman Berkarbonat kira-kira sebotol besar 1.5 ml. Minuman tu akan menyebabkan saya rasa sakit perut sangat-sangat. Dubur rasa macam nak meletup. Rasa macam nak mati jer kalau tak melepas. Then, settlelah. Hahah.

Pesan daripada penaja, kalau rasa diri tu mudah nak sembelit kan. Tak usahlah makan makanan yang pelik-pelik macam jagung kalau tak nak rasa ada shuriken dalam dubur. Saya pernah rasa. Macam berada di neraka dunia rasanya. Sakit do.

Mengatasi Masalah Fobia Jarum

Mengatasi Masalah Fobia Jarum | Saya baru balik dari Klinik Kesihatan Bintangor. Sebenarnya saya tak sakit. Saya okay. Cuma kakak nurse yang handle saya kat kampung suruh saya jumpa hospital yang terdekat sebab dah lama sangat saya keluar darah. Around 22 days already. Alang-alang termenung sorang-sorang kat dalam bilik (roommate saya standby nak balik Sabah dah), saya fikir better saya buat perkongsian berkaitan dengan fobia jarum. Fobia jarum ni secara umumnya, fobia terhadap jarum. Bukan jarum untuk menjahit tu. Jarum injectionlah. Tengok saja, terus kecut perut. Macam sayalah.

Saya kalau tengok jer jarum injection, memang automatik kecut perut. Lagi-lagi kalau tau yang nak kena cucuk tu saya sendiri. Mulalah rasa berdebar-debar, rasa pening-pening, rasa macam nak demam. Fobia jarum ni selalu orang anggap masalah kecik. But for me, it was a big problem. Hari pertama pergi check up (first booking), saya menangis sampai sepet mata just gara-gara tak nak kena cucuk. Bukan tak nak. Kalau saya tak nak, saya tak akan pergi klinik. Cuma saya takut. Terpaksalah husband saya tahan badan saya masa nak ambik darah. Lepas tu pergi kepci semata-mata nak pujuk saya.

Then, satu lagi appointment dibuat untuk saya disebabkan mak saya ada Diabetes. Appointment kali pertama saya pergi tapi saya lewat. Terpaksa ditunda ke minggu depan. Appointment kedua, saya takut nak ambik darah sampaikan bergaduh besar dengan husband. Sebut jak pasal ambik darah, terus saya nangis (time mengandung hati saya lembut sikit sampai Jax tembak mak dia dalam cerita Son of Anarchy pun saya menangis bagai nak rak). Appointment ketiga, saya tak pergi lagi dah. Husband pun tak malas dah nak paksa-paksa sebab tu sampai saya beranak, saya tak pernah ambik MOGTT.

Sekarang ni dah kurang sikit ketakutan saya terhadap jarum sebab banyak kali dah ambik darah dan kena suntik. Ambik darahlah paling kerap saya kena sebab saya ada Iron Deficiency Anemia time mengandung. So, terpaksalah ambik darah setiap kali check up untuk pantau memantau anemia saya. Kalau suntik tu dalam dua tiga kali jak. Suntik mengembangkan paru-paru baby dua kali, suntik painkiller sekali. Suntik untuk family planning baru sekali. Setakat ni yang paling saya takut antara semua-semua tu adalah suntikan. Paling sakit apabila cecair ubat tu dimasukkan ke dalam. Tak selesa betul.

My Tips :
Mula-mula, tenangkan diri dengan imagine something yang tak berkaitan dengan perubatan. Kalau sayalah, saya selalu imagine beli handphone Samsunglah, nak beli Pineng powerbanklah, beli Perlakinglah. Then, kalau boleh cuba kurangkan masa menunggu. Usahakan supaya cepat-cepat dilakukan. Bak kata orang Sarawak, awal molah awal udah. Masa nak injection, Jangan tengok jarum. Makin anda tengok jarum tu, makin ketakutanlah anda. Cuba tengok something yang tak berkaitan dengan perubatan. Akhir sekali, jangan tengok darah anda, nanti anda akan takut nak ambik darah lagi. Siap.

How To Create Your Own Skincare Routine

How To Create Your Own Skincare Routine | Okay, dalam blogpost semalam saya ada berkongsi tentang skincare routine saya sendiri iaitu apa yang saya tempek kat muka setiap hari. Sebenarnya benda ni sangat simple. Anda nak buat itu dulu baru buat ini, anda nak pakai ini dulu baru pakai itu, terpulang kepada anda. Tapi bagi saya sendiri, saya lebih selesa kalau ada protokol yang boleh saya ikut supaya saya tahu tentang apa yang saya akan lakukan seterusnya dan seterusnya. 

Skincare routine kita boleh kategorikan kepada dua jenis. Pertama, basic. Kedua, advance. Kalau basic, anda hanya pakai produk-produk yang asas sahaja iaitu cleanser, toner dan moisturiser. Cukup. Tapi pastikan cleanser, toner dan moisturiser yang kita gunakan benar-benar sesuai dengan kulit wajah anda. Contohlah, cleanser. Kalau kulit anda jenis yang kering, jangan gatal tangan nak pakai cleanser jenis sabun. Nanti jadi makin kering. Kalau kulit berminyak, anda digalakkan guna cleanser yang ada charcoal. Routine ini sesuai untuk orang yang sedang memulihkan kulitnya. Macam saye. Ihik-ihik.

Kalau advance, anda boleh gunakan pelbagai produk bergantung kepada kemampuan dan kesesuaian produk tu dengan kulit. For advance type of routine, saya suggest anda pakai cleanser, scrub, mask, toner, serum dan moisturiser. Scrub tak payahlah anda pakai hari-hari. Sekali or dua kali seminggu sudahlah. Takut kulit luka. Kalau saya, memang saya tak guna. Mask ada banyak jenis. Tapi saya tak minat pakai mask. Makin menjadi jerawat saya. Kalau tak ada serum, boleh pakai Bio oil. Digalakkan dipakai semasa anda sedang memerap kat rumah. Yang kulit jenis berminyak tidak digalakkan pakai.

Apa-apa jak produk yang anda gunakan atau jenis routine yang anda amalkan. Pastikan sesuai dengan kulit anda. Kalau sayalah, nak cuba produk baru. Saya akan check segala cacat cela di muka. Berapa ketul jerawat dan sebagainya. Then baru saya pakai. Kalau saya rasakan semakin bertambah. Ke tong sampahlah destinasinya. Sama jugak dengan body care. Macam losyen, kalau baunya tajam sangat memang saya tak akan pakai lagi. Semasa mengandung dengan selepas mengandung memang saya amat sensitif dengan bau-bauan sebab tu kebanyakan produk yang saya pakai odorless.

About My Studies

About My Studies | Sebenarnya, saya tidak menyangka yang saya akan menjadi mommy dalam usia semuda ini. Tapi itu ketentuan daripada Allah jadi kita kena terima dengan hati yang terbuka. Setelah saya disahkan mengandung pada bulan November (late booker), saya pun memohon untuk menangguhkan pengajian dengan secepat mungkin takut-takut nanti saya diwajibkan untuk hadir ke kuliah pada semester ini. Alhamdulillah. Atas budi bicara pihak IPG, saya dibenarkan untuk menangguhkan pengajian. Bersyukur sangat-sangat walaupun dikenakan Akta 174 kerana menyembunyikan maklumat.

Mula-mula, saya tinggal dengan daddy Muhaimin di Sungai Merah. Then, sebulan nak due date daddy Muhaimin hantar saya balik ke rumah di kampung. Time di Sungai Merah tu barulah saya merasa menjadi surirumah yang sebenar. Setiap hari kecuali hari Isninlah, saya akan bangun seawal jam 0500 pagi buat sarapan untuk daddy Muhaimin. Then, rehat-rehat dulu tengok Astro sebab masa tu saya mudah penat. Kadang-kadang rasa nak pitam. Rancangan yang paling saya minat masa tu adalah Clean House sebab ianya memberikan motivasi kepada saya untuk mengemas dan menghiaskan rumah.

Jadi, bila dah melahirkan Muhaimin maka bermulalah episod baru dalam hidup saya yakni menjadi mommy at the same time kembali sebagai guru pelatih di IPG Kampus Rajang. Pada mulanya, saya ingatkan saya akan ditukarkan ke IPG lain. Tapi menurut mentor saya, polisi sudah bertukar yang mana teacher trainee yang menangguhkan pelajaran disebabkan mengandung akan menyambung kembali ke IPG yang sama. Jadi, di sinilah saya sekarang. Membentuk satu kumpulan baru iaitu PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013. Hanya saya seorang saja. Sayalah ketua kumpulan, sayalah ahli kumpulan.

Berdasarkan apa yang saya lalui selama seminggu ini, belajar secara berkeseorangan membuatkan saya lebih berdikari berbanding sebelumnya. Untuk semester ini, saya sendiri yang akan menguruskan kehadiran di samping menghasilkan fail untuk MQA. Walaupun kadang-kadang saya terasa sedikir terbeban, tetapi apa boleh buat. Dah saya seorang sahaja ahli dalam kumpulan ni. Nak berkongsi dengan sapa kan? Tapi at least saya dapat mengukur kemampuan diri saya sendiri. Benarlah ayat motivasi yang pernah saya dengar. Kesusahan mengajar kita untuk menjalani kehidupan dengan tabah.

Di samping tu, keputusan exam semester lepas membuatkan saya lagi bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Sejak masuk PISMP ni, tak pernah lagi saya mendapat keputusan sebegitu. Syukur kepada Allah. Rezeki baby barangkali. Terima kasih sangat-sangat kepada pensyarah yang menyemak kertas ujian saya serta memberikan markah yang tinggi untuk Praktikum Fasa II. 25 Julai 2016 ni saya akan menjalani Praktikum Fasa III di SK St. Anne, Sarikei. Saya berharap dapat menambahkan pengalaman saya untuk menjadi sebagai guru yang baik. Doakan saya okay. Thanks in advance.

Muhaimin's latest picture
* Tadi daddy Muhaimin cerita Muhaimin jalan-jalan pergi Kuching dengan neneknya. Bukan main happy lagiSiap senyum-senyum ketawa bagai. Macam tahu-tahu jer diri nak dibawa berjalan. Hahah. Follow our Instagram @mommymuhaimin. 

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 | Dah nak raya ni jadi teringin pulak nak shopping sakan tapi purse tengah kempis sebab elaun belum masuk lagi bulan ni. Jadi, teringinlah nak mencuba nasib join dalam giveaway anjuran sis Lyssa Faizureen yang ditaja oleh nile.com.my. Hadiah memang lumayan. Moga-moga tuah saya ada untuk giveaway ini. 


5 Items Idaman Saya


JLM2016 Sales Price : RM14.90
Date : 23/06/2016
Time Start : 2.00 pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 400 units only


JLM2016 Sales Price : RM17.90
Date : 29/06/2016
Time Start : 4.00 pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 150 units only


JLM2016 Sales Price : RM24.50
Date : 17/06/2016
Time Start : 4.00 pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 360 units only


Product : Men Shoes
JLM2016 Sales Price : RM21.50
Date : 24/06/2016
Time Start : 11.00 pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 300 units only


JLM2016 Sales Price : RM9.90
Date : 21/06/2016
Time Start : 2.00 pm
Time End : When limited quantity sold out
Limited Quantity : 180 units only

Mommy Belajar Uruskan Muhaimin

Mommy Belajar Uruskan Muhaimin | 5 hari Muhaimin ditahan, 5 hari jugaklah saya menguruskan Muhaimin seorang diri. Daddy Muhaimin just dapat datang sekejap-sekejap jer. Maklumlah, hospital kan. Habis jer waktu melawat, startlah mak cik-mak cik guard bergerak mencari mangsanya. Hahah. Tapi nak buat macam mana. Dah peraturan hospital. Cuma dekat wad kanak-kanak ni tak adalah strict sangat. Boleh jugaklah daddy Muhaimin masuk walaupun bukan waktu melawat ganti jaga Muhaimin masa saya mandi. Ada kakak cakap tak boleh mandi. Tapi saya tak tahanlah. Banyak sangat darah keluar. 

Perkara pertama sekali saya belajar adalah menukar lampin Muhaimin. Dulu memanglah saya pernah jaga abang sepupu Muhaimin, tapi tukar pampers jerlah. Bukan lampin yang segi empat. Belajar ler cara-cara melipat lampin tu dengan mak-mak yang dah terer dekat sebelah menyebelah. Kadang-kadang bila ada masa tu, saya lipat banyak-banyak. Senang sikit bila Muhaimin uk-uk nanti. Alhamdulillah, hari pertama lagi Muhaimin dah uk-uk tahi hijau dengan kencing. Lega hati saya sebab ada orang cakap kalau baby dah uk-uk tahi hijau dan kencing maksudnya okay ler tu. Orang cakaplah. Bukan saya.

Lepas tu, saya belajar cara bersihkan Muhaimin bila Muhaimin uk-uk. Part ni paling memberikan tekanan kepada jiwa dan raga saya sebab Muhaimin ni jenis baby yang tak tahan sejuk. Apabila bedungnya dibuka, confirm menangis. Sudahlah suaranya jenis yang kecil tapi seluruh alam semesta dapat dengar. Hahah. Masa mula-mula tu, setiap kali tukar lampin rasa macam sepeket wet tissue saya kerjakan. Baru hari ketiga, dah mintak daddy Muhaimin beli lagi. Tapi sekarang dah tahu dah macam mana nak jimat. Lap lepas tu lipat. Lap lagi lepas tu lipat lagi sampai semua bahagian sudah digunakan. 

Kemudian, saya belajar cara untuk bagi susu badan kat Muhaimin. Tahu tu memanglah tahu sebab time saya admit gara-gara preterm contraction, kakak nurse siap bagi ceramah dengan saya tentang menyusu. Tapi lain bah bila dah ada baby. Saya siap tak pasti lagi berjaya ke tak Muhaimin minum susu badan yang saya bagi tu. Saya cakap dengan kakak nurse yang susu saya tak mengalir. Tapi lepas dia urut, nah ambik kau. Dalam sehari sampai 2 3 kali tukar baju sebab banyak sangat susu badan yang keluar. Macam-macam dia ajar. Tapi akhirnya, breast pump jugak saya guna. Heheh. Sorry kak.

Bila balik ke rumah, saya belajar cara-cara nak mandikan dengan touch up Muhaimin biar hensem macam Eron Ajis. First time saya bagi mandi, dengan saya saya sekali yang basah kuyup. Hahah. Tapi sekarang dah okay dah. Mula-mula saya sediakan air mandi dia. Air suam-suam kuku. Lepas tu saya letaklah dia dalam besen. Saya pegang tengkuknya. Saya basuh badannya. Sambil-sambil tu saya cakaplah dengan dia. Sekarang mommy cuci kaki. Lepas tu tangan. Macamlah dia faham. Hahah. Kalau dengan saya tak berapa excited dia. Tapi kalau daddynya bagi mandi, siap main pek-pek air lagi.

And yang paling asas, saya belajar cara nak pegang Muhaimin. Kalau dulu tak pernah saya pegang baby under 3 month. Paling muda saya pernah bawak baby umur 3 bulanlah. Abang sepupu Muhaimin tu. Kurang dari 3 bulan memang saya tak nak bawak. Rasa kekok satu hal. Takut dia jatuh patah riuk satu hal lagi. Tapi sekarang biasa dah pegang baby. Lagi-lagi dengan Muhaimin sebab tulang Muhaimin jenis yang kuat terutama tulang tangan, kaki dengan leher. Teringat dekat Muhaimin di kampung. Entah apalah dia buat. Kalau saya ada time ni, mesti tengah layan channel 321 kami berdua.

Muhaimin Kekurangan Enzim G6PD

Muhaimin Kekurangan Enzim G6PD | Setelah melahirkan Muhaimin, kakak nurse pun start menjahit bahagian-bahagian yang terkoyak tu. Selesai dijahit, saya terus dibawa ke wad untuk ibu-ibu yang selesai melahirkan anak. Wad yang terletak di Day Care Clinic. Pertama kali daddy Muhaimin melihat Muhaimin di depan pintu dewan bersalin. Mukanya memang excited giler tengok Muhaimin. Sampai jak di wad, kakak nurse suruh tukar pad. Jadi, saya pun turunlah dari katil. Sebaik sahaja berdiri, hampir saja saya menjerit melihat darah mengalir-alir jak turun ke arah lantai. Nasib baik ada kakak cleaner.

Selesai menukar pad, saya dan Muhaimin terus tertidur. Kami berdua rasa sangat mengantuk. Sampai daddy Muhaimin bercakap apa pun dah tak kisah. Dia pun menyusun barang kami berdua masuk ke dalam almari. Saya terbangun lepas terdengar baby menangis kuat giler. Ingatkan Muhaimin. Saya jenguklah sebelah, rilek jak dia tidur. Pagi-pagi lagi, ada seorang kakak nurse datang, inform dekat saya nak inject Muhaimin. Masa kena inject, sekejap jer menangis. Tak sampai dua minit dah diam. Coolnya anak mommy. Maklumlah satu-satunya baby lelaki dalam bilik. Kenalah maintain handsome.

Tak lama kakak nurse keluar, doktor pula masuk cakap yang dia hendak check jahitan saya. Dua hari bermalam di sana barulah saya dibenarkan keluar. Hati saya dah berbunga-bunga nak balik rumah. Ingatkan bila saya dibenarkan keluar, saya boleh terus balik rumah. Rupa-rupanya Muhaimin pula kena tahan di wad kanak-kanak sebab doktor mendapati Muhaimin menghadapi masalah kekurangan G6PD. Pada mulanya saya kurang faham berkenaan dengan penyakit ini tapi setelah mendengar penerangan doktor yang in charge barulah saya faham. Kesiannya Muhaimin belum dapat balik lagi.

Menurut doktorlah, kekurangan enzim G6PD berupaya menyebabkan jaundice naik dan turun dengan cepat. Jadi, adalah penting untuk Muhaimin ditahan bagi pemantauan dari masa ke semasa. Doktor juga telah mendedahkan pantang larang yang perlu saya elakkan semasa Muhaimin sudah balik ke rumah nanti. Muhaimin tidak boleh makan, menyentuh ataupun menghidu kacang parang, lingkaran racun nyamuk, penyembur nyamuk, ubat-ubat cina dan sebagainya. Kalau terkena juga, Muhaimin akan mengalami hemolisis walaupun dia sudah dewasa. Sedihnya bila saya dengar cakap doktor tu.

Malam pertama ditahan, Muhaimin diletakkan di bawah alat yang memancarkan cahaya biru. Walaupun tahap jaundice Muhaimin rendah tetapi doktor tetap suruh bagi mengelakkan jaundicenya naik. Rasa tak sampai hati pun ada sebab alat tu panas. Malam kedua, badan Muhaimin sangat panas. Hari ketiga, Muhaimin sudah tidak perlu diletakkan di sana lagi. Akhirnya, Muhaimin dibenarkan untuk keluar wad pada hari kelima dengan syarat kena check up lagi di Hospital Daerah Serian as soon as possible. Tapi yang parahnya, daddy dan mommy pula yang sakit gara-gara lima hari tak cukup rehat.

Kelahiran Ammar Muhaimin

Kelahiran Ammar Muhaimin | Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya melahirkan si kecil yang selama ini melepak di dalam rahim saya selama 9 bulan lebih. Pada 28 Mac 2016, tepat jam 2222 malam, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.2 kg secara normal melalui kaedah paksa salin. Apabila kakak nurse meletakkan si kecil di atas dada saya, saya merasakan kesakitan yang saya tanggung selama lapan jam terus hilang begitu sahaja.

Sebenarnya, si kecil dijangka akan lahir pada pertengahan bulan April. 15 April 2016. Namun, semasa saya datang untuk check perkembangan baby pada 24 Mac 2016, doktor mendapati si kecil tidak berkembang dengan baik. Oleh itu, doktor menyarankan saya melahirkan anak ini dengan kaedah paksa salin lalu mengeletarlah badan saya sampaikan nak berdiri pun dah tak mampu sebab lutut rasa macam nak tanggal. Sungguh, saya masih belum bersedia untuk melahirkan anak!

Nak tak nak, saya pun admit di Hospital Umum Sarawak pada 24 Mac 2016. Dengan muka yang lesu, saya pun menelefon suami suruh balik sini. Saya ingatkan terus disuruh melahirkan anak. Rupa-rupanya, hari ketiga saya di hospital barulah proses memasukkan something yang dikenali sebagai prostin dilakukan. Mereputlah saya di hospital. Saya tidak berapa pasti apa fungsi prostin. Mungkin bagi merangsang contraction. Mungkin juga bagi  merangsang bukaan pintu rahim saya.

Terasa jugalah perut saya menegang seperti apa saya rasakan semasa mengalami preterm contraction dahulu. Namun, rasa menegang tersebut slowly hilang sejajar dengan size bukaan pintu rahim saya yang semakin mengecil. Seterusnya, prostin kedua pula dimasukkan. Pun sama. Contraction dalam beberapa jam kemudian menghilang. Akhirnya pada petang 28 Mac, saya dibawa ke dewan bersalin. Kemudian, doktor memecahkan ketuban. Air ketuban mengalir macam air paip.

Bermula jam 1600 petang, saya merasa amat sakit. Contraction berlaku disebabkan cecair yang baru sahaja dimasukkan ke dalam badan melalui saluran darah. Conctraction baru ini berpuluh kali ganda lebih sakit berbanding contraction yang pernah saya alami. Sakitnya, nauzubillah. Hanya Allah dan orang yang pernah mengalami sahaja yang mengetahui. Saya hanya mampu bertahan dengan memegang pemegang di sebelah menyebelah katil. Habis longgar sudah saya kerjakan.

Pada jam 2130 malam, saya request untuk diberikan painkiller. Needle phobia apa semua terus saya tolak tepi gara-gara sakit sangat. Doktor datang terus inject painkiller pada jam 2200 malam dan akhirnya pintu rahim saya berjaya terbuka sebanyak 10 cm. Pada masa itu painkiller masih belum berfungsi sepenuhnya, jadi saya pun meneran dengan penuh kepayahan mengikut arahan yang diberi kakak nurse. Mula-mula, kepala stuck tetapi akhirnya semua dapat dikeluarkan.


Ammar Muhaimin Bin Muhammad Saiful
28 Mac 2016