Kelahiran Ammar Muhaimin

Kelahiran Ammar Muhaimin | Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya melahirkan si kecil yang selama ini melepak di dalam rahim saya selama 9 bulan lebih. Pada 28 Mac 2016, tepat jam 2222 malam, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.2 kg secara normal melalui kaedah paksa salin. Apabila kakak nurse meletakkan si kecil di atas dada saya, saya merasakan kesakitan yang saya tanggung selama lapan jam terus hilang begitu sahaja.

Sebenarnya, si kecil dijangka akan lahir pada pertengahan bulan April. 15 April 2016. Namun, semasa saya datang untuk check perkembangan baby pada 24 Mac 2016, doktor mendapati si kecil tidak berkembang dengan baik. Oleh itu, doktor menyarankan saya melahirkan anak ini dengan kaedah paksa salin lalu mengeletarlah badan saya sampaikan nak berdiri pun dah tak mampu sebab lutut rasa macam nak tanggal. Sungguh, saya masih belum bersedia untuk melahirkan anak!

Nak tak nak, saya pun admit di Hospital Umum Sarawak pada 24 Mac 2016. Dengan muka yang lesu, saya pun menelefon suami suruh balik sini. Saya ingatkan terus disuruh melahirkan anak. Rupa-rupanya, hari ketiga saya di hospital barulah proses memasukkan something yang dikenali sebagai prostin dilakukan. Mereputlah saya di hospital. Saya tidak berapa pasti apa fungsi prostin. Mungkin bagi merangsang contraction. Mungkin juga bagi  merangsang bukaan pintu rahim saya.

Terasa jugalah perut saya menegang seperti apa saya rasakan semasa mengalami preterm contraction dahulu. Namun, rasa menegang tersebut slowly hilang sejajar dengan size bukaan pintu rahim saya yang semakin mengecil. Seterusnya, prostin kedua pula dimasukkan. Pun sama. Contraction dalam beberapa jam kemudian menghilang. Akhirnya pada petang 28 Mac, saya dibawa ke dewan bersalin. Kemudian, doktor memecahkan ketuban. Air ketuban mengalir macam air paip.

Bermula jam 1600 petang, saya merasa amat sakit. Contraction berlaku disebabkan cecair yang baru sahaja dimasukkan ke dalam badan melalui saluran darah. Conctraction baru ini berpuluh kali ganda lebih sakit berbanding contraction yang pernah saya alami. Sakitnya, nauzubillah. Hanya Allah dan orang yang pernah mengalami sahaja yang mengetahui. Saya hanya mampu bertahan dengan memegang pemegang di sebelah menyebelah katil. Habis longgar sudah saya kerjakan.

Pada jam 2130 malam, saya request untuk diberikan painkiller. Needle phobia apa semua terus saya tolak tepi gara-gara sakit sangat. Doktor datang terus inject painkiller pada jam 2200 malam dan akhirnya pintu rahim saya berjaya terbuka sebanyak 10 cm. Pada masa itu painkiller masih belum berfungsi sepenuhnya, jadi saya pun meneran dengan penuh kepayahan mengikut arahan yang diberi kakak nurse. Mula-mula, kepala stuck tetapi akhirnya semua dapat dikeluarkan.


Ammar Muhaimin Bin Muhammad Saiful
28 Mac 2016

3 comments:

sya mimie said...

Asslmkm ammar muhaimin.. Hensomnya awk.. :)

Setiap kesakitan adalah sebuah kenikmatan kn..

Umi Nazrah said...

alhamdulillah. selamat berpantang ye :)

Mommy Muhaimin said...

@sya mimie Thanks kak.

@Umi Nazrah Alhamdulillah saya dah selamat berpantang.