Mommy Belajar Uruskan Muhaimin

Mommy Belajar Uruskan Muhaimin | 5 hari Muhaimin ditahan, 5 hari jugaklah saya menguruskan Muhaimin seorang diri. Daddy Muhaimin just dapat datang sekejap-sekejap jer. Maklumlah, hospital kan. Habis jer waktu melawat, startlah mak cik-mak cik guard bergerak mencari mangsanya. Hahah. Tapi nak buat macam mana. Dah peraturan hospital. Cuma dekat wad kanak-kanak ni tak adalah strict sangat. Boleh jugaklah daddy Muhaimin masuk walaupun bukan waktu melawat ganti jaga Muhaimin masa saya mandi. Ada kakak cakap tak boleh mandi. Tapi saya tak tahanlah. Banyak sangat darah keluar. 

Perkara pertama sekali saya belajar adalah menukar lampin Muhaimin. Dulu memanglah saya pernah jaga abang sepupu Muhaimin, tapi tukar pampers jerlah. Bukan lampin yang segi empat. Belajar ler cara-cara melipat lampin tu dengan mak-mak yang dah terer dekat sebelah menyebelah. Kadang-kadang bila ada masa tu, saya lipat banyak-banyak. Senang sikit bila Muhaimin uk-uk nanti. Alhamdulillah, hari pertama lagi Muhaimin dah uk-uk tahi hijau dengan kencing. Lega hati saya sebab ada orang cakap kalau baby dah uk-uk tahi hijau dan kencing maksudnya okay ler tu. Orang cakaplah. Bukan saya.

Lepas tu, saya belajar cara bersihkan Muhaimin bila Muhaimin uk-uk. Part ni paling memberikan tekanan kepada jiwa dan raga saya sebab Muhaimin ni jenis baby yang tak tahan sejuk. Apabila bedungnya dibuka, confirm menangis. Sudahlah suaranya jenis yang kecil tapi seluruh alam semesta dapat dengar. Hahah. Masa mula-mula tu, setiap kali tukar lampin rasa macam sepeket wet tissue saya kerjakan. Baru hari ketiga, dah mintak daddy Muhaimin beli lagi. Tapi sekarang dah tahu dah macam mana nak jimat. Lap lepas tu lipat. Lap lagi lepas tu lipat lagi sampai semua bahagian sudah digunakan. 

Kemudian, saya belajar cara untuk bagi susu badan kat Muhaimin. Tahu tu memanglah tahu sebab time saya admit gara-gara preterm contraction, kakak nurse siap bagi ceramah dengan saya tentang menyusu. Tapi lain bah bila dah ada baby. Saya siap tak pasti lagi berjaya ke tak Muhaimin minum susu badan yang saya bagi tu. Saya cakap dengan kakak nurse yang susu saya tak mengalir. Tapi lepas dia urut, nah ambik kau. Dalam sehari sampai 2 3 kali tukar baju sebab banyak sangat susu badan yang keluar. Macam-macam dia ajar. Tapi akhirnya, breast pump jugak saya guna. Heheh. Sorry kak.

Bila balik ke rumah, saya belajar cara-cara nak mandikan dengan touch up Muhaimin biar hensem macam Eron Ajis. First time saya bagi mandi, dengan saya saya sekali yang basah kuyup. Hahah. Tapi sekarang dah okay dah. Mula-mula saya sediakan air mandi dia. Air suam-suam kuku. Lepas tu saya letaklah dia dalam besen. Saya pegang tengkuknya. Saya basuh badannya. Sambil-sambil tu saya cakaplah dengan dia. Sekarang mommy cuci kaki. Lepas tu tangan. Macamlah dia faham. Hahah. Kalau dengan saya tak berapa excited dia. Tapi kalau daddynya bagi mandi, siap main pek-pek air lagi.

And yang paling asas, saya belajar cara nak pegang Muhaimin. Kalau dulu tak pernah saya pegang baby under 3 month. Paling muda saya pernah bawak baby umur 3 bulanlah. Abang sepupu Muhaimin tu. Kurang dari 3 bulan memang saya tak nak bawak. Rasa kekok satu hal. Takut dia jatuh patah riuk satu hal lagi. Tapi sekarang biasa dah pegang baby. Lagi-lagi dengan Muhaimin sebab tulang Muhaimin jenis yang kuat terutama tulang tangan, kaki dengan leher. Teringat dekat Muhaimin di kampung. Entah apalah dia buat. Kalau saya ada time ni, mesti tengah layan channel 321 kami berdua.

2 comments:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah. tumpang gembira untuk baby Muhaimin. moga jadi anak yg soleh kepada kedua ibu bapa :)

Mommy Muhaimin said...

@Umi Nazrah In shaa Allah. Amin.