Muhaimin Kekurangan Enzim G6PD

Muhaimin Kekurangan Enzim G6PD | Setelah melahirkan Muhaimin, kakak nurse pun start menjahit bahagian-bahagian yang terkoyak tu. Selesai dijahit, saya terus dibawa ke wad untuk ibu-ibu yang selesai melahirkan anak. Wad yang terletak di Day Care Clinic. Pertama kali daddy Muhaimin melihat Muhaimin di depan pintu dewan bersalin. Mukanya memang excited giler tengok Muhaimin. Sampai jak di wad, kakak nurse suruh tukar pad. Jadi, saya pun turunlah dari katil. Sebaik sahaja berdiri, hampir saja saya menjerit melihat darah mengalir-alir jak turun ke arah lantai. Nasib baik ada kakak cleaner.

Selesai menukar pad, saya dan Muhaimin terus tertidur. Kami berdua rasa sangat mengantuk. Sampai daddy Muhaimin bercakap apa pun dah tak kisah. Dia pun menyusun barang kami berdua masuk ke dalam almari. Saya terbangun lepas terdengar baby menangis kuat giler. Ingatkan Muhaimin. Saya jenguklah sebelah, rilek jak dia tidur. Pagi-pagi lagi, ada seorang kakak nurse datang, inform dekat saya nak inject Muhaimin. Masa kena inject, sekejap jer menangis. Tak sampai dua minit dah diam. Coolnya anak mommy. Maklumlah satu-satunya baby lelaki dalam bilik. Kenalah maintain handsome.

Tak lama kakak nurse keluar, doktor pula masuk cakap yang dia hendak check jahitan saya. Dua hari bermalam di sana barulah saya dibenarkan keluar. Hati saya dah berbunga-bunga nak balik rumah. Ingatkan bila saya dibenarkan keluar, saya boleh terus balik rumah. Rupa-rupanya Muhaimin pula kena tahan di wad kanak-kanak sebab doktor mendapati Muhaimin menghadapi masalah kekurangan G6PD. Pada mulanya saya kurang faham berkenaan dengan penyakit ini tapi setelah mendengar penerangan doktor yang in charge barulah saya faham. Kesiannya Muhaimin belum dapat balik lagi.

Menurut doktorlah, kekurangan enzim G6PD berupaya menyebabkan jaundice naik dan turun dengan cepat. Jadi, adalah penting untuk Muhaimin ditahan bagi pemantauan dari masa ke semasa. Doktor juga telah mendedahkan pantang larang yang perlu saya elakkan semasa Muhaimin sudah balik ke rumah nanti. Muhaimin tidak boleh makan, menyentuh ataupun menghidu kacang parang, lingkaran racun nyamuk, penyembur nyamuk, ubat-ubat cina dan sebagainya. Kalau terkena juga, Muhaimin akan mengalami hemolisis walaupun dia sudah dewasa. Sedihnya bila saya dengar cakap doktor tu.

Malam pertama ditahan, Muhaimin diletakkan di bawah alat yang memancarkan cahaya biru. Walaupun tahap jaundice Muhaimin rendah tetapi doktor tetap suruh bagi mengelakkan jaundicenya naik. Rasa tak sampai hati pun ada sebab alat tu panas. Malam kedua, badan Muhaimin sangat panas. Hari ketiga, Muhaimin sudah tidak perlu diletakkan di sana lagi. Akhirnya, Muhaimin dibenarkan untuk keluar wad pada hari kelima dengan syarat kena check up lagi di Hospital Daerah Serian as soon as possible. Tapi yang parahnya, daddy dan mommy pula yang sakit gara-gara lima hari tak cukup rehat.

2 comments:

Syaz Blackrose said...

comelnya muhaimin.. tahniah.. dapat baby dan bergelar ibu..

Mommy Muhaimin said...

@Syaz Blackrose Thanks kak.