Cara Elak Ruam Pada Bayi

Cara Elak Ruam Pada Bayi | Masalah ruam adalah masalah yang sering terjadi dalam kalangan baby (maksud saya ruam dekat punggung). Lagi-lagi baby girl. Gerenti meraung kalau terkena air kencing or tergesel dengan pampers. Sepanjang saya jaga Muhaimin hanya sekali saja dia pernah kena ruam. Itupun dia diam-diam. Tak menangis langsung. Seakan-akan tidak ada ruam. Tapi kesianlah tengok punggung dan "lelew" dia merah-merah. Jadi, dalam entry ini saya nak share sikit cara-cara yang menjadi rutin kepada saya untuk elak ruam. Kalau ada tips yang lain, boleh letak dalam ruangan komen.

1. Pilih pampers yang sesuai
Pampers ada bermacam jenama, bermacam jenis. Ada Drypers, ada Huggies, ada Shee Shee dan sebagainya. Jenisnya pun ada banyak. Ada yang pakai pelekat, ada yang main sarung macam seluar dan macam-macam lagi. Paling penting kita mesti tau pampers apa yang sesuai untuk baby kita. Macam Muhaimin, mula-mula dia pakai Huggies biasa. Then, bila dia dah lasak sikit Mr Seben belikan dia Huggies Drypant. Start dari situ Muhaimin kena ruam. Cepat-cepat tukar. Jangan sampai melarat baru nak tukar pampers. Sejak dari hari tu Muhaimin pakai pampers Drypers Classic sampailah sekarang.

2. Kerap tukar pampers
Kalau sayalah, saya tukar pampers Muhaimin at least 4 kali sehari. Kalau berak dengan bocor tu lainlah. Biasa saya akan tukar pampers Muhaimin pada pukul 6 pagi, 10 pagi, pukul 5 petang and pukul 12 tengah malam. Slot 12 tengah malam tu saya susah sangat nak bangun. Tapi nak tak nak kena bangun. Kalau tak, membebel Mr Seben. Dia paling pantang tengok saya tak tukar pampers Muhaimin. Dia cakap kalau biarkan baby pakai pampers terlalu lama, boleh menyebabkan kulit baby melecet. Makin-makin kalau dah terkena ruam, memang kena tukar selalu kalau tak nak tengok ruam baby melarat.

3. Sapukan Vaseline
Mak mertua saya selalu amalkan. Maka, saya jadikan sebagai rutin saya. Vaseline yang saya maksudkan bukan Vaseline losyen tu yer. Jangan salah sangka. Yang saya maksudkan adalah Vaseline Intensive Care. Letak dekat punggung dengan "lelew" baby. Walaupun tak ada kajian saintifik mengatakan Vaseline bagus untuk elak ruam, tapi baby saya jarang kena ruam bila saya sapu. Hari tu masa CNY holiday saya nampak "lelew" Muhaimin ada merah sikit, saya sapu Vaseline dan akhirnya merah tu hilang. Lega hati saya sebab sekarang Muhaimin semakin sensitif. Mudah sangat nak keluar air mata.

Dipendekkan cerita, ini sajalah perkongsian daripada saya mengenai cara-cara untuk mengelakkan ruam pada baby. Bak kata orang tua, mencegah lebih baik daripada merawat. Tapi bila baby sudah terkena ruam, usahakan yang terbaik okay. Kesian bah kat baby kita. Nak tidur pun tak selesa. Boleh mempengaruhi jugak mood kita sendiri. Boleh guna Nappy Rash Cream or apa-apa sahaja cream ruam yang ada dijual di farmasi. Jangan beli sembarangan. Nanti lain pulak ceritanya. 

No comments: