Cara Mudah Elak Jerawat

Cara Mudah Elak Jerawat | Kulit yang cantik terutamanya yang bebas daripada jerawat. Siapa yang tak nak kan? Tapi nak dapatkan kulit yang cantik, nak pastikan kulit sentiasa licin berseri bukan satu tugas yang mudah sebab itu adalah pepatah orang puteh cakap, beauty is pain kecuali kalau anda guna produk yang mengandungi merkuri dan hidroquinon. Ha, yang ini senang nak jaga. Jerawat pun susah nak naik. Gurau jer. Harap tak ada yang terasa. Kalau ada jugak tu nasiblah ye.

Saya tak nak cerita pasal kulit orang lain, saya cerita pasal kulit saya sendirilah ye. Kulit saya ni jenis yang berminyak tetapi jarang ditumbuhi jerawat kecuali apabila saya pakai produk baru. For example, Ogos tahun lepas saya try produk XXX. Memang meriah jugaklah muka saya. Ambik masa kira-kira dua bulan untuk pulih kembali. Just imagine, mengajar dalam keadaan muka yang tak berapa nak okay. Agak down sikit. Last-last, back to basic. No more skincare. Just DISIPLIN diri.

1. Pastikan muka sentiasa bersih
- Cuci muka anda setiap hari. Paling cikai pun dua kali seharilah. Amalkan double cleansing lagi bagus. Lepas basuh muka dengan cleanser, anda boleh pakai lagi toner untuk menanggalkan kotoran atau make up yang masih melekat pada muka. Kalau anda pakai make up tak kiralah light mahupun heavy pastikan anda tanggalkan dulu dengan make up remover sebelum anda basuh muka tu dengan cleanser sebab tak semestinya muka anda akan 100% bersih lepas pakai cleanser.

2. Jaga kebersihan barang peribadi
- Saya amat galakkan anda untuk tidak berkongsi barang peribadi. Motifnya satu jer. Supaya apa-apa penyakit kulit yang dihadapi orang lain tidak berjangkit dengan anda (kalau adalah). Kalau boleh, towel apa semua tu tukarlah dalam tiga hari. Kalau susah sangat, at least tukarlah seminggu sekali. Barangan peribadi ini termasuklah sarung bantal, cadar dan selimut sebab tiap-tiap hari kita guna terutama sarung bantal. Kalau sarung bantal kotor, mudah sangat jerawat nak tumbuh tau.

3. Elakkan diri daripada menyentuh muka
- Okay. Benda ini susah nak dilakukan termasuklah pada diri saya sendiri. Stress pegang muka. Mengantuk pegang muka. Gatal pegang muka. Entah berapa ribu kali saya pegang muka dalam sehari. Tapi sangat penting since kita tak tau apakah bakteria yang ada pada tangan kita. Benda-benda lain pun jangan letak sembarangan kat muka. Contohnya, handphone. Nak jawab kol saya rekomen guna earphone. Cuba anda bandingkan, muka mana lebih berjerawat? So faham-fahamlah.

4. Jangan guna skincare sembarangan
- Nasihat saya, jangan taksub sangat nak memutihkan diri sampai membahayakan diri. Jangan guna produk sembarangan terutama local product. Bukan tak nak support tapi kalau anda buat perbandingan hampir semua produk tu sepesen jak. Rebranding. Susah-susah cari jer kat Watson ke, Guardian ke. Lama memang lamalah. Tapi seperti yang saya katakan tadi. Beauty is pain. Saya gunakan Oxy, dua bulan baru kulit muka saya bebas jerawat. Bebas daripada jerawat jer tau.

5. Jaga pemakanan
- Jaga kulit ni macam jaga badan juga tau. Bak kata roommate saya, tak guna kalau workout tapi tak jaga pemakanan. Hasilnya akan ke laut jua. Jadi, rajin-rajinkan diri membaca. Menambahkan pengetahuan berkaitan dengan makanan yang menyebabkan pertumbuhan jerawat dengan pesat. Saya tidak rajin membaca tapi makanan yang orang cakap boleh menyebabkan jerawat memang saya tak makan walaupun tak pasti lagi kesahihannya. Antaranya ialah kacang goreng.

Akhir sekali, terimalah ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada pembaca-pembaca saya yang menyambutnya. Tong tong tong cia. Tong tong tong cia (saya sendiri pun tak tau apa maksudnya, hahah). Tidak lupa jugak kepada yang bercuti dan balik kampung. Hati-hati dalam perjalanan. Nah, saya lanje sikit gambar terbaru saya. Bebas jerawat tanpa skincare.

3 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kacang goreng .. ha'a yana mkn kacang goreng automatik keesokannya si kcg ni akn bg hdiah kt muka kita ..huhu.. jerawat kacang

Ika Sani said...

Ika kalau makan makanan berminyak muka naik jerawat huhu
http://www.unlimitedbeautysecret.com/

Rozita Abdul Rahman said...

no 3 tu susahnya la nak buat..