Root Canal Treatment

Root Canal Treatment | Kalau ikut kebiasaan, saya akan share something yang berkaitan dengan kesihatan kulit. Tapi kali ini saya akan membuat perkongsian tentang kesihatan gigi. Gigi merupakan aset penting bagi setiap individu. Kerosakan gigi boleh mempengaruhi tahap keyakinan seseorang termasuklah saya sendiri. Saya mula mengalami kerosakan gigi pada usia 12 tahun. Sejak itu, saya mula jadi agak pasif. Jarang bercakap. Pelik kan? Bakal guru tapi tidak suka bercakap.

Bila dah kahwin, Mr Seben suggest saya buat treatment. Masa tu saya tengah pregnant. Tapi saya tak buat sebab saya sangat-sangat takut nak cabut gigi. Tiba-tiba tengah saya berpraktikum di Sarikei, gigi geraham saya bengkak sebab ada jangkitan. Terpaksa dicabut. So, saya pasrah jerlah kerana saya memang dalam kesakitan. Sampai demam dibuatnya. Lepas settle apa semua, saya rasa lebih berani untuk buat treatment. Bagi saya tak adalah sakit sangat sampai nak mati.

Mr Seben dah bagi green light aka dana. Keberanian pun dah ada dah. Saya pun pergi ke Klinik XXX untuk buat treatment (bukan sponsored post so no need to include name). Mula-mula nak cabut gigi tapi melihatkan badan saya yang terketar-ketar (automatik tak dapat dikawal), jadi doktor suggest buat Root Canal Treatment. Tak perlu nak cabut-cabut bagai. Sebelum buat Root Canal Treatment, doktor buat tampalan untuk dua batang gigi rosak. RM120 Mr Seben dah melayang.

Root Canal Treatment dimulakan dengan proses membersihkan gigi yang telah rosak. Kemudian, doktor cucuk besi untuk matikan saraf (mula-mula tak sakit tapi bila dah balik sakit pulek). Then, doktor buat tampalan sementara. Seminggu lepas tu jumpa balik. Lepas seminggu, doktor buang tampalan sementara. Then, bersihkan. Dia letak something macam dawai. I dont know what because I cant ask her. Lepas tu dia tampal buat macam gigi betul-betul. Selesai. Melayang lagi RM400.

Menurut doktor, kalau nak tukar kepada crown atau seramik, boleh datang 6 bulan selepas habis rawatan. Tampalan yang dia buat sangat rapuh. So, dia suggest buat crown or seramik. Tengoklah nanti. Kalau ada fulus, bolehlah try. So, just wait and see. Kalau ada, saya update. Itu jerlah pengalaman saya berRoot Canal Treatment. Saya nak berterima kasih sangat-sangat kat Mr Seben sebab sanggup keluar duit banyak-banyak sebab saya. You are the reason why I can smile again.

No comments: