KDrama Review : Oh My Venus

KDrama Review | Oh My Venus


Pengarah
Kim Hyung Suk

Pelakon
So Ji Sub sebagai Kim Young Ho/John Kim
Shi Min Ah sebagai Kang Joo Eun
Jung Gyu Won sebagai Im Woo Sik
Yoo In Young sebagai Oh Soo Jin

Permulaan cerita Oh My Venus bermula dengan penceritaan tentang kehidupan remaja Kang Joo Eun yang amat cantik (ulzzang) sehingga digelar "Daegu Venus". Ketika remaja, Joo Eun bercinta dengan seorang atlit renang iaitu Im Woo Sik. Namun setelah masuk ke alam pekerjaan, Joo Eun tidak cantik seperti dahulu yang mana berat badannya semakin hari semakin meningkat. Hal ini menyebabkan Woo Sik tidak lagi cinta kepadanya lalu memutuskan hubungan mereka pada ulangtahun ke 15 hubungan mereka. Woo Sik kemudiannya bercinta dengan Oh Soo Jin, bekas sahabat baik Joo Eun.

Keesokkan harinya, Joo Eun dikehendaki untuk terbang ke USA disebabkan urusan kerja. Akhirnya, Joo Eun dipertemukan dengan Kim Young Ho semasa dalam penerbangan balik ke Korea. Ketika menyelongkar barang yang dibawanya dalam kapal terbang, Joo Eun berjaya menemui pass yang menunjukkan identiti rahsia Young Ho iaitu John Kim. John Kim merupakan jurulatih peribadi bintang-bintang Hollywood seperti Anna Sue. Oleh yang demikian, Joo Eun telah mengugut Young Ho untuk membongkarkan rahsia Young Ho sekiranya dia tidak membantunya mengurangkan berat badannya.

Pada mulanya, Young Ho tidak mahu membantu Joo Eun seterusnya bertindak mempermainkannya. Namun selepas Joo Eun pengsan selepas ditemuramah, dia berazam membantu Joo Eun mengurangkan berat badan sekaligus mengawal penyakit yang dihadapi Joo Eun. Selepas kejadian stalker yang menghantui Joo Eun, dia mula tinggal di rumah Young Ho yang turut didiami Jang Joon Sung dan Ji Woong. Dari hari ke hari, berat badan Joo Eun semakin berkurang setelah berlatih bersama Young Ho. Young Ho mula jatuh cinta dengan personaliti dan kecantikan Joo Eun. Begitu juga Joo Eun.

Percintaan mereka semakin complicated apabila identiti Young Ho sebagai CEO Gahong turut terbongkar. Pada mulanya Joo Eun tidak dapat menerimanya tetapi akhirnya dia kembali kepada Young Ho. Joo Eun kemudiannya mendapat tahu berkenaan dengan penyakit Young Ho tetapi tidak dapat menolongnya melainkan memberikan semangat kepadanya. Woo Sik yang baru sahaja mendapat maklumat mengenai identiti sebenar John Kim telah menyebarkannya kepada umum. Perkara ini menyebabkan Young Ho terpaksa bersembunyi di rumah Joo Eun sambil menahan kesakitan pada kakinya.

Apabila skandal tersebut telah reda, Young Ho dilantik secara rasmi sebagai CEO semasa ulangtahun ke 61 Gahong. Malangnya, Young Ho sekali lagi diserang kesakitan. Joo Eun bertindak memberi semangat kepadanya. Young Ho berjaya memberi ucapan dengan penuh keyakinan. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Director Choi, abang kepada ibu tiri Young Ho. Pada akhir drama ini, Young Ho dan ibu tirinya telah terlibat dengan kemalangan disebabkan oleh Director Choi. Young Ho dijangka tidak dapat berjalan lagi manakala ibu tirinya hidup mengikut haluannya sendiri.

Joo Eun hendak berjumpa dengan Young Ho tetapi tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan atas arahan Young Ho. Joo Eun pasrah tetapi tetap memberi kata-kata semangat kepada Young Ho. Setelah setahun lamanya Young Ho merawat diri, akhirnya dia pulih seperti sedia kala. Dia akhirnya kembali ke pangkuan Joo Eun yang setia menunggunya. Akhirnya, mereka berkahwin setelah mendapat restu daripada nenek dan bapa Young Ho. Young Ho telah memaafkan kesalahan Director Choi dan memberinya peluang untuk bekerja di Gahong. Ibu dan adik tirinya pula kembali bersama bapanya.

Saya bagi...

3 comments:

Ika Sani said...

Hiii Ika dah tengok cerita ni tahun lepas. Best skrang Shi Min Ah tengah berlakon drama baru, cerita Tomorrow with you. Try tengok jika ada masa. BEst taw.

http://www.unlimitedbeautysecret.com/

sayidah napisah said...

best kan cerita ni hehe. dah tengok dah (tahun lepas kot hehe lupa dah).

p/s: sama lah kita suka tengok kdrama :D

Mommy Muhaimin said...

@Ika Sani Kalau saya jumpa port yang sesuai, In shaa Allah saya akan tengok.

@sayidah napisah memang best sebab dua2 pelakon favourite saya.