Muhaimin's 10th Monthsary

Muhaimin's 10th Monthsary | Kalau dihitung sehinggalah ke hari ini maka genaplah 10 bulan 4 hari usia baby kesayangan mamak, Ammar Muhaimin. Kesayangan mamak membesar dengan cepat sehinggakan mamak rindu saat-saat mamak tak berenggang dengan Muhaimin terutamanya masa berpantang dulu. Sama-sama bangun. Sama-sama tidur. Sama-sama berjaga tengok channel 321 sampai pukul 4 pagi. Sama-sama tengok liga super yang memboringkan dengan babah.

Mamak harap kesayangan mamak dapat membesar dengan sihat. Kadang-kadang mamak rasa amat bersalah terhadap baby. Baby anak mamak yang pertama. Dilahirkan semasa mamak kekurangan ilmu dalam penjagaan baby. Baby lahir dengan berat yang ringan berbanding baby orang lain kerana mamak menghidapi anemia semasa mamak mengandung dan menyebabkan tumbesaran baby terbantut (IUGR). Tapi mamak bersyukur baby lahir dalam keadaan yang sempurna.

Selepas baby lahir, mamak cuba berikan baby air susu badan mamak tetapi mamak tengok baby sukar sangat nak terima. Sampai menangis. Macam-macam cara mamak cuba untuk buat baby minum susu badan mamak. Mamak perah berjam-jam untuk cukupkan 2 oz. At the end of the day, susu mamak tak keluar lagi. Mungkin sebab baby tak nak hisap. Mamak try perah tetap jugak tak keluar. Salah mamak tak banyak minum. Ilmu breastfeeding mamak banyak yang perlu ditambah.

Masuk tiga bulan, mamak dah kena sambung belajar dah. Muhaimin kena tinggal dengan babah. Nasib baik babah pandai jaga Muhaimin. Lebih pandai daripada mamak. Tapi kesianlah dekat babah. Siang kena kerja, malam kena ganti mamak. Sebab tu bila mamak balik rumah, kalau boleh mamak tak nak ganggu babah rehat. Lama sangat babah jaga, baby pun tak nak kat mamak lagi kan. Semua nak babah. Bila lepas kena marah babah baru pergi kat mamak. Hahah. Baby, baby.

Nasihat saya kepada bakal mommy dan mommy-mommy sekalian, tingkatkanlah ilmu parenting anda semua sebelum beranak pinak. Bagi yang tengah mengandung, jaga kesihatan diri. Kurangkan minuman berkafein kalau anda tu anemia. Termasuk susu tau. Kalau nak minum susu, jangan minum masa anda makan pil coklat apa entah (orang kampung saya panggil pil tonet). Sebelum beranak, tumpukan perhatian bila kakak misi ajar macam mana breastfeeding dan lain-lain.

No comments: