Perkahwinan, Permulaan Suatu Perhubungan

Perkahwinan, Permulaan Suatu Perhubungan | Perkahwinan adalah impian pasangan-pasangan yang belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan untuk membina sebuah mahligai perkahwinan. Ada pasangan yang kenal bertahun-tahun baru berkahwin. Ada yang kenal setahun 2 dah berkahwin. Kebanyakannya merasakan perkahwinan merupakan penamat bagi perhubungan mereka. Happy ending gitu. Tapi anda perlu sedar, ada banyak lagi yang perlu ditempuhi selepas berkahwin.

Terus terang saya cakap, saya antara individu yang berfikiran sebegitu. Perkahwinan equal to happy ending. Perkahwinan saya dengan husband lebih banyak yang menentang daripada yang menyokong. Jadi, saya beranggapan bahawa berjaya berkahwin dengan husband adalah satu kemenangan tanpa saya tak sedar banyak dugaan yang perlu saya dan husband hadapi. Salah satunya adalah dalam mengatasi masalah persamaan dan juga perbezaan di antara saya dan husband.

Jika anda fikir anda kenal pasangan anda setelah bercinta lama, anda salah. Saat anda menjadi suami isteri barulah anda kenal perangai pasangan anda. Saya ambik contoh saya sendirilah. Sebelum berkahwin, saya tak tau pun husband ni tak suka kemas rumah, tak suka plan apa-apa. Sangat annoying tau sebab saya jenis yang pentingkan kekemasan dan suka merancang. Akhirnya saya jadi seorang yang suka membebel. Husband pula jadi seorang yang kebal kepada bebelan.

Tapi ada satu persamaan yang paling ketara antara kami. Pandai sangat psycho satu sama lain. Psycho ni macam cakap nak buat something yang menyakitkan hati dalam msg tapi sebenarnya tak buat. Paling tak dapat lupa, husband cakap dia tengah dating padahal tengah mengail dekat belakang rumah. Paling terkesan apabila kena psycho adalah saya. Sampai bengkak mata menangis kena marah padahal husband tak marah betul. Bila husband call, kena gelak dengan husband. 

Most of the time, saya anggap husband lelaki yang paling baik pernah layan saya. Tapi ada masanya, saya pernah terfikir husband adalah lelaki yang kejam. Masa tu anda perlu sabar. Jangan fikir sangat. Ingat balik kebaikan-kebaikan pasangan anda. Jangan fikir nak curang jer. So far, saya pernah kena kutuk husband sampai saya rasa hati mengecut tapi saya tak terfikir nak curang. Saya tak layan lelaki yang datang dalam hidup saya sebab layanan baik husband saya sebelum ni.

Kebanyakan masa kami bergelut dengan masalah kewangan sebab saya datang daripada keluarga yang susah manakala suami berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana. Paling ketara pada awal perkahwinan. Nasib baiklah kami tak mengadakan majlis secara besar-besaran. Kalau tak lagi melarat. Kalau husband anda tak mampu, don't expect anything grand from him. Cukuplah setakat makan pakai dia jaga. Sabar. Rezeki tuhan yang bagi. Akan ada jugak bahagian kita.

Pendek kata, sematkan dalam diri anda. Bila dah berkahwin tak semestinya yang indah-indah jer. Tu hanya berlaku dalam drama Akasia TV3. 24/7 dalam mood honeymoon hanyalah angan-angan. Bila badai melanda, tetaplah di sisi pasangan anda. Jangan abaikan mereka. Mungkin hidup anda berubah bila sudah berkahwin terutama apabila sudah mempunyai anak. Paling ketara masa berdua berkurangan. Berusahalah untuk menyesuaikan diri ke dalam perubahan tersebut.

4 comments:

Sentiasa Panas said...

Perkahwinan benar-benar menguji kesabaran tahap gaban. Untunglah kalau salah seorang pasangan seorang yang sabar dan bijak memainkan peranan.

CikLily Putih said...

setujuuuu

Elih Japahar said...

Itulah realiti perkahwinan.

Bila hati dah tk serasi, perceraian juga dipenghujung. hrummm..

Ika Sani said...

hopefully ika dapat le merasa hubungan seperti ni huhuhu
skrang still alone lagi ni T_T
http://www.unlimitedbeautysecret.com/