Rangkuman Minggu 1 Internship

Rangkuman Minggu 1 Internship | Setelah hampir sebulan menjadi pelajar semester 8, saya kena keluar untuk menjalani internship. Tujuannya supaya saya dapat melaksanakan 3 buah projek di samping menjalankan kajian saya yang hampir selesai (kononnyalah). Harapan saya agar ia dapat siap dalam masa sebulan supaya tidak menyusahkan pihak sekolah.

Pada hari pertama, kami terus menyertai taklimat (kami msg gb, gb cakap no need). Taklimat ni lebih kepada makluman tentang aktiviti-aktiviti sekolah yang akan dilangsungkan pada minggu ni. Kemudian, kami menyertai perhimpunan sekolah. Minggu ini perhimpunan sekolah diisi dengan Majlis Pentauliahan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.


Pada hari selasa, kami mula merancang projek yang akan kami jalankan iaitu 2 projek berkumpulan dan 1 projek individu. So, kami bercadang nak buat Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan perhimpunan mingguan (wajib) sebagai projek berkumpulan manakala projek individu saya adalah Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Tokoh Kenegaraan.

Hari rabu siang kami siapkan kertas kerja bagi ketiga-tiga projek. Malamnya pulak pihak sekolah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina dan majlis penghargaan kepada guru-guru Tahun 6 2016 di Suka Hati, Sarikei. First time makan steamboat. Memang berhabis. Last-last kenyang. Tak dapat buat nak apa-apa. Bak kata orang Sarawak, kenyang bodo.


Hari khamis pihak sekolah mengadakan Hari Penetapan Target UPSR 2017 yang melibatkan murid-murid Tahun 6 sahaja. Kami ditugaskan membantu AJK protokol dan makanan bagi menghidangkan makanan untuk VIP pentas. Rasa nervous pulak sebab tak pernah-pernah hidang makanan depan orang ramai. Biasanya saya kerja di belakang tabir jer. Hahah.

Pada hari jumaat, saya balik ke rumah untuk luangkan masa bersama Encik Seben dan Muhaimin. Happy betul Encik Seben sebab dah boleh tidur lena tanpa perlu tengok-tengok Muhaimin. Hari tu saya ada nampak satu video urutan (boleh tengok wall saya). Saya try urut Encik Seben. Alhamdullilah, dia suka walaupun banyak yang perlu untuk diperbaiki lagi.

Hari sabtu, saya duduk kat rumah jer. Main dengan Muhaimin. Mood bagus. Senang nak jaga. Bangun seawal 6 pagi terus daki badan babah. Nak ajak ke luar rumah. Sekarang saya tengah biasakan Muhaimin dengan bahasa Inggeris. Kalau term-term mudah, dia boleh catch up sikit-sikit. Benda-benda yang dia biasa tengok dan buat. Macam open, pull, push.


Ahad, dah kena balik lagi dah. Sebelum pergi, makan dulu dengan Encik Seben dekat SCR. Sampai terminal Sarikei pukul 5.30 petang macam tu. Sebelum balik rumah sewa, saya beli dulu barang keperluan untuk dua minggu sebab minggu ni saya tak balik. Stay kat rumah sewa jak sebab elaun belum keluar. Kesian kat Encik Seben sebab banyak keluar duit.

Bila bercakap-cakap dengan guru senior berkaitan hal ini, dia cakap tak ada sapa yang nak jadi guru kalau tak ada elaun. Kebanyakan yang masuk ipg bukannya kaya mana pun. Walaupun sakit tapi macam ada kebenarannya jugak tau. Contoh saya sendirilah. Saya ada cita-cita saya sendiri. Tapi terpaksa saya kuburkan sebab keluarga saya tak mampu nak biaya.

Nak jadi guru bukan mudah. Perlu banyak pengorbanan. Saya ambik contoh guru tempat saya berpraktikum. Buat kelas tambahan sampai petang. Ada yang sampai malam. Free of charge. Belum lagi beli peralatan mengajar guna duit sendiri. Tambah lagi berhadapan dengan karenah murid dan ibu bapa. Maka terjadilah stress dan burn out dalam kalangan guru.

1 comment: