Rangkuman Minggu 2 Internship

Rangkuman Minggu 2 Internship | Alhamdulillah, berjaya juga saya menjalani seminggu lagi Internship tanpa menghadapi tekanan yang terlampau. Dua minggu dah berlalu, maknanya ada lagi dua minggu sebelum saya kembali semula ke IPG bagi menyiapkan laporan Kajian Tindakan dan persediaan untuk VIVA (pembentangan lisan). Kedua-dua elemen ini sangat penting sebelum saya menghabiskan pengajian saya selama lima tahun setengah (actually 6 tahun, heheh) secara rasmi.

Pada hari Isnin, SK St. Anne melancarkan Program Jom Ke Sekolah yang sepatutnya diadakan pada minggu lepas tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal. Pada hari itu, pegawai perhubungan sekolah datang untuk membuat perasmian. Kotak Aduan Murid juga dilancarkan bagi memudahkan murid membuat aduan mengenai kes-kes salah laku. Tak ada gambar ye sebab saya duduk cun-cun di belakang pegawai polis. Tak kan nak gambar montot dia pulak kan.

Pada hari Selasa, banyak guru yang tidak dapat datang ke sekolah. Jadi kena kerja lebih sikit. Kebiasaannya, saya akan sit in satu waktu sehari. Tetapi memandangkan banyak guru tak ada, saya kena ambil tiga masa sit in. But I dont mind sebab dua daripada tiga masa tu adalah class yang saya ajar. Bolehlah saya berus student saya yang sakit sangat nak hantor kerja. Saya tak suka suruh murid buat kerja tapi kalau parent tengok buku aktiviti mereka kosong. Lain pulak cerita.

Hari Rabu adalah hari paling busy dalam seminggu sebab hari Rabu ada perjumpaan Tunas Puteri. Tambah-tambah lagi hari rabu yang lepas merupakan perjumpaan pertama Tunas Puteri. Jadi, saya kena mengemaskini file Tunas Puteri untuk tahun 2017 pada masa yang sama membuat senarai nama dan rekod kehadiran ahli persatuan Tunas Puteri yang baru. Semasa perjumpaan, saya dan kakak setia yang lain mengadakan pemilihan bagi membentuk ahli jawatankuasa baharu.

Hari Khamis, ketua Unit Praktikum dan Amalan Profesional datang ke SK St. Anne untuk memantau saya dan rakan-rakan. Syukurlah. Beliau berpuas hati kerana semua dokumen yang diperlukan telah disediakan. Pada hari ini juga, saya mula mengadakan intervensi menggunakan bahan inovasi untuk kitaran pertama. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi saya berpuas hati kerana bahan inovasi ini dapat membantu murid mengingat fakta sejarah dengan lebih mudah.

Hari Jumaat, mode cuti on sudah tetapi saya tak balik pada minggu ini. Tak perlu rushing. Jadi, saya settlekan semua kerja saya, bersihkan kawasan meja (sebab petang nanti SK St Alphonsus Julau akan datang untuk benchmarking) kemudian barulah balik ke rumah sewa. Tetapi sebelum balik ke rumah sewa, saya dan rakan pergi ke kedai untuk membeli frame bagi penyampaian sijil Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas. Petangnya, membuta sebab tak tau nak buat apa.


Pada hari ini, bangun-bangun jak bukak blog. Melihatkan traffik blog yang agak sendu, saya berusaha untuk menaikkan traffik. Mula-mula saya edit reka bentuk blog supaya simple. Then, saya add code lazy load apa ke benda untuk kurangkan masa loading. Then, saya start ping blog ke pelbagai laman aggregator. Akhir sekali, saya buat pembacaan sedikit tentang SEO. Alhamdulillah. Berkat usaha saya, bertambah jugaklah traffik sekarang ini. At least taklah sendu sangat macam dulu.