#saynotozina not #saynotovalentineday

#saynotozina not #saynotovalentineday | Melihat kepada tajuk entry, nampaknya saya agak ketinggalan zaman sebab Valentine Day sudah lama berlalu. Al maklumlah, weekday saya fokus dengan Internship. Bila saya bukak blog, memang tak akan buat kerja lagi. So, thats why I only active when weekend. Berbalik kepada isu asal, saya berasa terpanggil untuk menjelaskan sesuatu yang tidak mewakili diri saya. Mohon janganlah kecam saya ni terlalu liberal, wahabi or whatever. 

Pada Valentine Day yang lepas, masa tengah rehat lepas balik daripada sekolah. Saya onlinelah Facebook sekejap. And then, saya terpandang satu status daripada kawan non muslim yang menunjukkan rasa terkilan terhadap sebuah page yang amat menentang Valentine Day. Sebelum saya menyatakan pendapat saya, saya ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada admin page tersebut atas usaha kerasnya membanteras gejala zina dalam kalangan orang Islam.

Usaha-usaha yang dilakukan adalah baik, suci lagikan murni. Cuma nama kempen #saynotovalentineday tu kurang sedap didengar terutama kepada penganut-penganut agama Kristian. Bagi mereka, Valentine Day ialah hari yang istimewa yang mana mereka menunjukkan penghargaan mereka kepada orang yang mereka sayang atas kasih sayang yang dicurahkan selama ni. Tidak semestinya dengan melakukan seks. Ada banyak cara. Even perkara simple cam wish pun kira sambut.

Apabila anda mengatakan #saynotovalentineday, anda seperti merendahkan martabat hari tersebut sedangkan anda tahu ianya hari istimewa penganut Kristian. Padahal tujuan kempen anda adalah lebih kepada membanteras zina. Contohlah (contoh okay, contoh) non muslim buat kempen say no to Solat Jumaat kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas sedangkan mereka tahu hari Jumaat adalah hari istimewa dan Solat Jumaat adalah ibadah. Haa? Apa ko rasa? Oren?

Lagipun term #saynotovalentineday tu kurang tepat jika nak dikaitkan dengan zina. Kalau ikut perspektif anda memanglah tepat (Valentine Day = seks). Tapi seperti yang saya cakap tadi, Valentine Day bukan setakat seks. Manusia ni kalau nak berzina, mereka tak tunggu hari Valentine jer. Hari Buruh, hari Kemerdekaan, hari Malaysia. Kalau mereka nak, on jugak. Ada jer baby luar nikah lahir selain daripada bulan Oktober. Means, mereka berzina sebelum or selepas Valentine Day.

Cadangan saya, ubahlah nama kempen tu. Ada banyak nama lain #saynotozina, #sayatidakberzina, #beliabencizina pun okay. Kalau nak buat kempen antizina, janganlah meriah menjelang hari Valentine jer supaya tiada yang terasa. Buatlah kit selfie untuk sepanjang tahun. Mohon hadam betul-betul. Saya berani tegur sekali jer sebab nak berdakwah ni kena cermin diri dulu. Bak kata komen yang saya baca dalam status penunggang agama, penunggang agama (teringat kat Mat Luthfi).

Tahniah kerana anda tak menyambut Valentine Day. Tapi tak payah nak kabor satu dunia. Silap haribulan timbul riak dalam hati

No comments: